Monday, November 30, 2009

Sedikit Sedikit lama lama jadi Bukit.

Bibit pokok aquilaria malancensis yang ada di tapak semaian saya yang terletak di Sibuga Sandakan.



Ini ada lah yang saya tanam di halaman rumah saya di Sibuga yang mana dahulu nya bertaman dengan buah buahan dan bunga tetapi sekarang di gantikan pokok yang berharga menjadi hiasan rumah saya yang mana saya boleh mehabiskan masa lapang saya.






Ini pokok bibit yang kecil saya cuba menanam nya dengan menutupkan pelindung matahari sebagai percubaan saya







Ini pokok bibit aquilaria crassna yang mana bibit tersebut di datangkan dari pada Thailand yang mana duan nya boleh di jadikan tea yang berkhasiat. Saya menanam nya satu lubang 3 atau 4 pokok anak bibit.



Ini pokok aquilaria mallencensis yang saya tanam 5 bulan yang lalu.


SATU PERKONGSIAN DARI HATI KECIL INI APA AKAN TERJADI MASA TEMPOH PERSARAAN SAYA.
Apa akan saya lakukan menghabiskan masa persaraan saya? Ada kah saya akan mengikut jajak langkah yang lain menghabiskan masa berborak di kedai kopi dari pagi hingga ke petang dengan surat khabar di tangan belum habis bulan duit pencen sudah habis? Ada kah saya akan menghabiskan masa saya tidur dan menjadi amah dalam rumah sendiri? ada kah saya harus berkerja lagi selepas saya bersara untuk mendapat pendapatan lebih pembiayaian kehidupan keluarga atau ada kah saya menghabiskan masa saya pergi melancung dan berhibur bersama anak dan isteri dan tidak mempunyai hutang lagi seperti masa saya berkerja?
Ini lah selalu bermain di kepala saya. maka apabila orang mengenalkan saya tenaman yang berpotensi dan harga nya sungguh lumayan. Saya hanya berfikir kalau saya tidak tanam macam mana saya tahu kelak. maka saya mengambil keputusan untuk menanam di tepi halaman rumah saya yang sebanyak 27 pokok aquilaria crassna dan 24 pokok aquilaria mallencensis sebagai simpanan saya masa depan ( Masa persaraan saya). jadi satu sahaja saya perkatakan atau perkongsian. kalau kita tidak buat sekarang bila lagi kita buat. Jangan orang yang sudah buat nanti 2 atau 4 tahun akan datang orang sudah berjaya berupaya mengubah nasip ekonomi dan kita meyesal sebab dah tahu tapi tak buat. He he he terpulang lah pada anda untuk menilaikan. dan ini tidak ada kena mengena kepada orang mati atau pun hidup. O.k selamat menanam pokok KARAS yang boleh di jadikan lugu ( Bahasa tempatan Sabah ) Teras ( GAHARU ). Siapa berminat boleh menhubungi saya. Supaya sama sama kita berjaya dan mengubah ekonomi kita masa depan.
SELAMAT MENANAM JANGAN TIDAK TANAM 10 POKOK DI HALAMAN RUMAH SUDAH MENCUKUPI.



1 comment:

mayong said...

mudah mudahan bisnes ini berjaya...
aminnn....